Sunday, September 15, 2019

SEBUAH HARAPAN

Demi cinta, Ida ku
dan detik detik yang pasti terasa
berlalu utuh berarus masa
mewangi rindu murni restu nya
simpanlah kemesraan sebuah dailog
dan pengertian sebuah duka
untuk mendaki hari hari kewibawaan
yang bakal menanti pasti.


Demi cinta, Ida ku
tumpahkan senyum santun kasihmu
bersama airmata dan kebencian
kedada ku yang telah retak
agar aku mengerti erti kehidupan
dan keinsafan di keretakan itu
untuk perasaan yang tidak pasti diratapi
yang hinggap didahan kemesraan.







Bandar Seri Begawan
11 Disember 1981 @2238H

Friday, April 26, 2013





Out of the blues... I happens to click to this blog of mine today.  

Scrolling down... memang jelas I have not have any input to this blog for a long long time.... and I have not even finished up loading my old poem...

Maybe it's time to be active again .... as I have some slot to spare......

Sunday, May 30, 2010

RELA NYA SEBUAH MIMPI

Melalui suatu perjalanan
ku temui dikau
­-  tenggelam dalam sejuta keanehan
    menagih kenangan
dalam sebuah mimpi.


Tapi yang ku dengar
bukan ungkapan segumpal cita dan harapan
jika ada pun
hanya sebuah nyanyian beku seakan kesal
mungkin
kebeningan diwajah suram mu
hanya kau relakan
               dalam sebuah mimpi      (?).


Pernah terungkap jua
sebuah harapan yang terlalu sensasi
di pertemuan awal senja
tapi yang ku takuti
akan berulang sepi menjadi ngeri
     kerana yang ku tahu
          mimpi tetap sebuah mimpi     (!).




Belait
24 Ogos ‘81

KEHADIRAN


Hari ini dimenara kepedihan
ku tatap sekuman kasih
         setulus sekuntum hati
yang terlalu ku hargai
menyemarak sinaran semusim yang damai
diperbatasan kegersangan.


Lalu aku
menyingkap dedaun jendela jendela hati
bersama pagi yang aman kemuka
kerana sekuman kasihnya
akan tiba meraih kemesraan
diruang kegersangan hatiku.


Dan dipagi itu
ku simpan kenangan di mentari
buat mengabadikan sebuah pintomen
bersama harapan kegemilangan
semuga kehadiran sekuman kasihnya
bukan illusi illusi yang membosankan.






Bandar Seri Begawan
16 September ‘81

SONETA BUAT ANA

Ana
sesekian nya aku tahu
dimana letaknya kemanusiaan
kerana selama ini
aku lah lelaki itu
yang meletakkan keinsanan
dibalik tirai keserba-kurangan.


Lalu Ana ku
ku biarkan kau berlalu bersama bayu
kerana hati ku seakan parah
demi dibalik tirai yang lain
masih ada sebuah harapan mengintai
yang terlalu ku takuti
     kerana tiada upaya tertunai.


Dan Ana
kiranya pertemuan sebegini terulang kembali
maka tak akan ku biarkan ia berlalu sepi
  kerana
    detik detik terakhir ini
telah mengajar aku
  agar tidak mempersesiakan sebuah keyakinan.





Belait
25 September  '81

SENJA ITU KEKASIH KU

Dan senja itu kekasihku
ku dakap sebuah pengertian
tentang suatu kehadiran
yang sesekian nya dibatasi kesangsian jua
lantas ku baca seribu kegembiraan diwajah mu
       ku renung keagungan dipipimu
di gigi keyakinan
       bersama debu debu desa.


Dan senja itu kekasihku
dipuncak rasa kesedaran mu
ku nekadkan segumpal cinta dan harapan
menutup muara kehampaan
bersama pola pola mentari
bersama irama ghairah dibibir manismu
berkasih jernih di tebing hari.


Dan kekasih ku
ku kucup hasrat berbunga didada mu
lalu terisi lah sebuah harapan
menghanyut bungkusan duka duka mu
memunggut titipan setia
tenteram mencium malam.




Labi
04 Nobember '81

ILLUSI

Ku lihat dibebayang mentari
     aku tau kau disana
          menabur setia dihujung pelangi.


Ku lihat dipinggir pantai
     aku tau kau disana
          bermandi rindu bersama ombak
               digigi air.


Ku lihat di belantara
     aku tau kau disana
          menitip cinta dipohon harapan
               berteduh riang dipondok hasrat.


Ku renung tubuh kerdil ku
     aku tau kau disana
          berlabuh diteluk hati
               bersama illusi mimpi mimpi rindu
                    yang merah membara.






Bolkiah Kem
05 Nobember '81