Ana
sesekian nya aku tahu
dimana letaknya kemanusiaan
kerana selama ini
aku lah lelaki itu
yang meletakkan keinsanan
dibalik tirai keserba-kurangan.
Lalu Ana ku
ku biarkan kau berlalu bersama bayu
kerana hati ku seakan parah
demi dibalik tirai yang lain
masih ada sebuah harapan mengintai
yang terlalu ku takuti
kerana tiada upaya tertunai.
Dan Ana
kiranya pertemuan sebegini terulang kembali
maka tak akan ku biarkan ia berlalu sepi
kerana
detik detik terakhir ini
telah mengajar aku
agar tidak mempersesiakan sebuah keyakinan.
Belait
25 September '81
No comments:
Post a Comment