Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk bebas daripada belenggu kemiskinan. Peringatan itu maha penting kerana kemiskinan sebenarnya boleh menggelincirkan iman seseorang.
Bagi seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata2 yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.
Manusia digalakkan mencari kerja yang halal, yang sekaligus menjadi ibadat selagi dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya.
Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya. Apatah lagi jika tubuh badan masih sihat dan kuat. Perbuatan meminta2 sebegitu amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghina Islam itu sendiri.
Malah Rasulullah sendiri memberikan peringatan mengenai perbuatan ini melalui sabdanya,
"Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment