Friday, October 19, 2007

Doa Memohon Perlindungan daripada Banyak Hutang

Hari ini hari Jumaat, so aku nak share satu doa yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Abu Umamah.

Rasulullah S.A.W berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam kemiskinan dan banyak hutang, lalu berkata "Mahukah kamu kuberikan beberapa kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu" Kemudian Rasulullah S.A.W membaca kalimat doa ini dan diamalkan oleh Abu Umamah.




ALLAHUMMA INNI A-UZUBIKA MINALHAMMI WALHAZANI WA-A-UZUBIKA MINAL AJZI WALKASALI WA-A-UZUBIKA MINAL JUBNI WALBUKHLI.WA-A-UZUBIKA MIN GHALABATID DAINI WA QAHRIRRIJALI

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

No comments:

Post a Comment