Monday, March 22, 2010

SEORANG PEREMPUAN ­ SEKUMAN KISAH

(simpati ku pada cerita seorang kawan)


Di rambut hitam mu
ada bunga bunga wangi berwarna jingga
dan hakisan sebuah cinta yang puistis
lalu seakan ada pada memori
wajah wajah ayu persis wajah mu
yang pernah ku temui
     pada lorong lorong hitam yang ku lalui.


Dimata kuyu mu
ada memanik air jernih semalam
pun titik titik hitam sejambak kercewa
lalu seimbas tajam tatapan mu
seakan aku kembali memapah memori
pada sepasang bola mata
     yang pernah merobah
          situasi sepi sekamar rindu.


Didada mu
ada nostalgia sebuah noda
pun sejambak dendam mencari noktah
lalu hati kecilku menguntum simpati
pasrah memapah memori duka mu
     miski yang ku relakan
          hanya sekadar sebuah pandangan.


Dipeha gebu mu
ada kesan gegaris gerimis
kerana dicelah keduanya
pernah kau relakan melapah dosa
  -  apa akan terlena kah aku
     merebahkan mimpi mimpi unggu
     sekadar mengheretmu
     kegaris penamat ­ hujung sebuah hikayat        !?





Penanjong
06 Apr '87· @1145H

APOLOGI PADA SEORANG TEMAN


 Di daerah ini kawan
kita adalah manusia manusia kaku
     yang pasrah pada kejerihan menagih keringat
     yang rela pada kepedihan memapah sendaan
pada hari hari yang lewat dijendela pagi
meninggalkan ruang ruang kebosanan dan sungutan.


Dan diantara kita
ada bicara bicara sinis
     seakan melewati batas batas ketabahan
pun ada gerak laku yang lebih parah
     mengutus marahmu kepelusuk hati
lalu ini adalah sekuntum apologi
     retetan rasa hakisan senda yang lewat.


Lantas
diwajah mu kawan
akan ada lagikah sebuah sensasi
pun dihati mu
akan ada lagikah sebuah sangsi
kerana ini adalah
     hakikat sebuah apologi.





 
Penanjong Garrisen
06 Apr '87· @1555H

Tuesday, March 16, 2010

KETIKA KAU MELANGKAH ANAK KU













Anak-anak ku
ketika melangkah di bumi Tuhan
Tundukkan kepalamu, rendahkan matamu
Miski sebentar tadi kau menatap langit nan tinggi
Relakan egomu rebah menyembah tanah
Pujuklah hatimu redha sujud pasrah berserah.

Dan anak-anak ku
ketika melangkah di hadapan mereka
Angkat kepalamu, lantangkan suaramu
Kerana engkau bukan manusia lemah
tunjukkan semangat nekad pantang menyerah.

Lalu anak-anak ku
Biar dihadapan mereka
Engkau menjadi insan terhebat
Dan didepan Tuhan
Engkau hamba yang paling pasrah dan taat.





Bandar Seri Begawan
16 Mac 2010

Saturday, March 13, 2010

BINGGUNG



Dan inikah aku
yang digusarkan suasana
memapah kebinggungan
antara dua wajah kekasih
dikaca jendela hati (?).



Atau inikah
wajah wajah para kekasih
dikakukan situasi
dan rasa rasa cinta yang luhur
pada seorang aku (?).




Stevenage, Hertfordshire
1¸ Jun '87

DITITIK DUA PULUH LIMA

Telah suku abad
ku titi episod kehidupan ini
dan aku semakin pasrah
pada kuntum kuntum derita
pada bunga bunga bahagia
yang bakal ku petik
pada setiap perhentian
dari pinggir lorong lorong perjalanan hidupku.


Lalu menoleh kembali
pada lorong lorong yang pernah ku lalui
genap dua setengah dekad berlalu
serasa seakan kehidupan kemarin
pantas berlalu
mengisi ruang ruang memori
meninggalkan gegaris kesan
­ meramahkan aku pada sebuah elegi.


Dan pada titik ini
akan ku bina harga diri
dari fragmen fragmen hidup kemarin
agar hari hari yang bakal menyapa
bisa ku hadapi dengan ramah
ku layani dengan santun.


Lalu akan ada lagikah hari hari esuk
yang dijerihkan kekasaran
dibinggungkan kegusaran
kerana segala nya tiada pernah diaduni
atau
akan adakah rerupa
pun illusi
mematahkan hasrat yang tersirat
kerana segalanya tiada pernah
diperjuangkan (?).


Apa akan wangikah sebuah derita
atau pahitkah sebuah bahagia (?).




Stevenage
2¸ Jul '87

PADA MENCARI ERTI

Kehadiran ini adalah terlewat
lalu akan terus pasrah kah kita
membedung setia
pada membuka tirai malam
disegenap panggilan kepenjuru rindu
dan menguis ketakutan
bakal ketiadaan sebuah pengkalan
untuk kita berlabuh.


Lalu hati seakan terhukum
entah semalam entah kemarin
entah tiada akan teringat
sebuah niat
sebuah janji
bagai dibakar kehangatan
kerana aku sendiri belum mengerti
tentang hari hari yang terlalu singkat
seakan terasa
menghukum diri.


Dan
aku masih mencari
sebuah erti sekeping dailog
sebuah bisikan sekeping hati
seakan suatu pertanyaan
yang belum terjawab
kerana waktu waktu terdahulu
telah merenda sepi
menganyam sangsi.


Apakah titik titik terakhir ini
mengajarkan makna
sesuatu yang bernama cabaran
ditubuh alam (?)




Tutong
20 Dis '87

Wednesday, March 3, 2010

DISAAT MENANTI

DISAAT MENANTI
-Pada mencatat kegusaran disatu kelahiran


Disaat begini
bercanggah lah kepastian
kesangsian
keraguan
khayalan
terselitlah debar
berbaur suka duka simpatik
menanti kehadiran
sekujur wajah
seiring tangisan
dan kandil kebahagiaan.




Bukit Puan
28 Nob '84