Kehadiran ini adalah terlewat
lalu akan terus pasrah kah kita
membedung setia
pada membuka tirai malam
disegenap panggilan kepenjuru rindu
dan menguis ketakutan
bakal ketiadaan sebuah pengkalan
untuk kita berlabuh.
Lalu hati seakan terhukum
entah semalam entah kemarin
entah tiada akan teringat
sebuah niat
sebuah janji
bagai dibakar kehangatan
kerana aku sendiri belum mengerti
tentang hari hari yang terlalu singkat
seakan terasa
menghukum diri.
Dan
aku masih mencari
sebuah erti sekeping dailog
sebuah bisikan sekeping hati
seakan suatu pertanyaan
yang belum terjawab
kerana waktu waktu terdahulu
telah merenda sepi
menganyam sangsi.
Apakah titik titik terakhir ini
mengajarkan makna
sesuatu yang bernama cabaran
ditubuh alam (?)
Tutong
20 Dis '87
Saturday, March 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment