Monday, March 22, 2010

SEORANG PEREMPUAN ­ SEKUMAN KISAH

(simpati ku pada cerita seorang kawan)


Di rambut hitam mu
ada bunga bunga wangi berwarna jingga
dan hakisan sebuah cinta yang puistis
lalu seakan ada pada memori
wajah wajah ayu persis wajah mu
yang pernah ku temui
     pada lorong lorong hitam yang ku lalui.


Dimata kuyu mu
ada memanik air jernih semalam
pun titik titik hitam sejambak kercewa
lalu seimbas tajam tatapan mu
seakan aku kembali memapah memori
pada sepasang bola mata
     yang pernah merobah
          situasi sepi sekamar rindu.


Didada mu
ada nostalgia sebuah noda
pun sejambak dendam mencari noktah
lalu hati kecilku menguntum simpati
pasrah memapah memori duka mu
     miski yang ku relakan
          hanya sekadar sebuah pandangan.


Dipeha gebu mu
ada kesan gegaris gerimis
kerana dicelah keduanya
pernah kau relakan melapah dosa
  -  apa akan terlena kah aku
     merebahkan mimpi mimpi unggu
     sekadar mengheretmu
     kegaris penamat ­ hujung sebuah hikayat        !?





Penanjong
06 Apr '87· @1145H

No comments:

Post a Comment