Telah suku abad
ku titi episod kehidupan ini
dan aku semakin pasrah
pada kuntum kuntum derita
pada bunga bunga bahagia
yang bakal ku petik
pada setiap perhentian
dari pinggir lorong lorong perjalanan hidupku.
Lalu menoleh kembali
pada lorong lorong yang pernah ku lalui
genap dua setengah dekad berlalu
serasa seakan kehidupan kemarin
pantas berlalu
mengisi ruang ruang memori
meninggalkan gegaris kesan
meramahkan aku pada sebuah elegi.
Dan pada titik ini
akan ku bina harga diri
dari fragmen fragmen hidup kemarin
agar hari hari yang bakal menyapa
bisa ku hadapi dengan ramah
ku layani dengan santun.
Lalu akan ada lagikah hari hari esuk
yang dijerihkan kekasaran
dibinggungkan kegusaran
kerana segala nya tiada pernah diaduni
atau
akan adakah rerupa
pun illusi
mematahkan hasrat yang tersirat
kerana segalanya tiada pernah
diperjuangkan (?).
Apa akan wangikah sebuah derita
atau pahitkah sebuah bahagia (?).
Stevenage
2¸ Jul '87
Saturday, March 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment