Sunday, April 4, 2010

BICARA BUAT TUAN

Tuan yang terhormat
aku sudah dengar bicaramu
tentang anak anak peribumi
tentang kenegaraan dan patriotika
pun petualang kewibawaan
takala putus asa mencari titik perhentian
dilemma hati yang hampir kehilangan
     ­ wibawa dan keyakinan.


Dan dalam tekun bicaramu
aku merasa simpati sendiri
pada kaum bangsa ku
­ yang terlalu teoritis
kerana aku juga anak anak peribumi
miski memiliki pendirian yang berbeza
tentang kenegaraan dan patriotika
juga tentang pengorbanan.


Ya.....Tuan
miski aku sudah diluar landasan
namun diantara dedarah merah ini
masih meniti rasa patriotik dan kenegaraan
walau disuatu hari nanti
     ­ perjuangan ku bukan pada Armalite
       bukan di gelumang lumpur
tetapi........pada mata pena
bergelumang tinta
sebahu bersama rakyat jelata.







Penanjong
26 Mac '85

No comments:

Post a Comment