dibahagian yang terasing
masih bertapak kewajiban..........buat kita....
anak anak watan berseragam loreng
demi menegak tugu satria
dari titisan keringat dan pekikan bengis
miski diselubungi kesunyian dan kerinduan.
Dan
katakan lah pada mereka
bahawa:
ini daerah perjuangan
ini bumi Brunei milik kita
pun buktikan pada mereka
kita adalah bangsa bernama
kita adalah bangsa beragama
bukan bangsa papa untuk ditindas !
Dan esuk
bila kau jaga dari tidur mu
berteriaklah dari puncak Bukit Biang
biarlah mereka tau
bahawa kita masih mengenal kewajiban
kita masih waja berjiwa satria
biarpun habuan kita
hanyalah tahai masakapi !
Bangar Kem
24 Jul '85

No comments:
Post a Comment