buat yang kanan
atas kehilangan para Teknisyen di Bengkel Rapier
Untuk apa kau bertanya
musim kercewa yang berlalu
pergi meninggalkan hari dunia
meninggalkan sisa hati kercewa
membenam semangat dan khidmat
perlahan berlalu
mencari arah penentuan hidup dinamis.
Untuk apa kau bertanya
Nyanyian alam mereka yang berlalu
kerana sesekiannya tiada pernah di tanyai
lalu kita pun kehilangan
mereka mereka yang kita perlukan
yang pernah kita aduni secangkir asuhan
demi memperibumikan tapak tapak sebegini.
Apa akan kita aturkah langkah
mengejar sesuatu yang tak pasti
sedang bebayang semakin hilang (?).
Dan aku sekadar mengharap
semoga benih kercewa
tiada berputik dimusim sana
kerana kita adalah pencinta damai
yang bakal kekurangan
yang bakal kehilangan
pendukung watak watan yang mahir (!).
Penanjong Kem
18 Okt '86
Sunday, April 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment