Ku undang sisa segala kenangan
Lewat rasa hampa nestapa ku
Yang tetap setia menjanjikan
Mentari paginya disini
Meski telah di noktahi dengan kata-kata
Mengakhiri pengabadian rindu
Yang datang bermukim empat tahun kemarin
Lembar kenangan silam
Lewat perjalanan-perjalanan lalu
Mendewasakan aku tentang hakikat
Hingga menjadi pasrah dengan lagu selamat tinggal
Kerana ia adalah penentuan Illahi
yang tiada mentakdirkan satu perkongsian
Demikianlah
Kita disepikan oleh rindu yang menekan dada
Hingga sampai disaat ini
Kita menjadi sedar bahawa impian yang sekian lama kita bina
Masih samar semuanya diruang mata
Lalu menjadi pasrah menoktahi segalanya
Agar kita bisa berlari membangunkan harap & cita
Sengkurong
24 Januari 2006

No comments:
Post a Comment