Ku temui kau
pada suatu titik
antara suram yang amat berbeza
pun amat membekukan
namun aku dapat mengungkap
sisa sisa kehancuran
yang tetap abadi kau miliki.
Lalu ku pendam rasa keterlaluan
memapah bayangan hati gersang mu
antara riak wajah
yang tiada dilanda perubahan
miski
ada kesan gegaris luka
yang pernah ku semai.
Dan aku sekilas menyingkap
tabir keiklasan hatimu
dicelah kepastian
bahawa
segalanya telah luput
dan kita
adalah dua insan
pemilik sepasang keyakinan
yang sudah jauh berbeza.
Bukit Puan
20 Feb '85
No comments:
Post a Comment