Wednesday, March 3, 2010

LAGU DARI SEBUAH MENARA

Disini
diatas menara ini
aku semakin dihimpit sepi
aku semakin dipayahkan rindu
kerana dihadapan ku
adalah lautan luas
yang masih setia
merelakan bebuih putih nya
mencecah pasir dibibir pantai.


Lalu
dimanakah kau
yang bernama kekasih
yang pernah bermain digigi air
yang pernah bercanda dikamar duka
pasrah bermandi hangat
sang mentari (?).


Dan aku
mematikan diri dilutut sendiri
memandang terus putih bebuih ombak
membebani diri
bersama sebuah memori
dan lagu lagu sepi
dari atas sebuah menara !.





Menara Vedette Utara
Pantai Jerudong
03 Nob ‘85• 1104H

No comments:

Post a Comment