Di sini
kamar 140 - Bailleul
ku susun buku-buku ini
mengikut aturan abjad
juga subjek: Mathematik, kalkulus, fizik
dan didalam alamari dan laci
ku susun pakaian pakaian
mengikut klasfikasi
luar, dalam, denim dan seragam
kerana aku tau
kamar ku tidak akan berbuat itu.
di sini
kamar 140, Bailleul
ku hitung hari hari dan malam malam
bersama sebuah rimba laut didalam diri
dan setia sang kamar
mendengar setiap rintihan
setiap kepedihan
setiap keriangan.
Kamarku
bertapa kau adalah sahabat
setia diempat penjurumu
membedung segala kesepian
segala rintihan
segala kerinduan
segala kepedihan
yang lahir
dari seorang aku.
Berkshire
08 Jul '89
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment