Aku lihat diluar jendela
tiada ceria wajah sang mentari
lalu kedinginan menyelimuti
membebani rasa sunyi dihati
sekali gus
aku menjadi takut
pada sebuah kenyataan
pada suatu kehilangan.
Wahai sang hujan
gerangan kabaran apa yang kau bawa
hingga setiap tetes memanik putih mu
menghimpit jantung mencekam kalbu
mematikan arah
membunuh keyakinan (?).
Adakah yang kau bawa
gambaran arus memanik airmata
yang bakal menetes
persis mencurahnya air jernih mu
kerana sesekian nya
akan terulang suatu tragedi
akan nyata kah tragik sebuah mimpi
dan ketakutan akan teruk menghantui (?).
Atau yang kau bawa
adalah sinar sebuah bahagia
pada suatu keyakinan yang bening
sebening jernih titik titik airmu (?).
Hujan
apakah sejambak nestapa
ataukah sekuntum nikmat (?).
Stevenage
21 Jul '87 @1100H
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment